Friday, January 15, 2010
ReVoLusi@RevoluTion
Revolusi & resolusi adalah 100% berbeza..tp apa yg dibincangkan dlm post kali nh bkn la psal perbezaan keduanya tp lebih kpd apa itu revolusi...
org kata revolusi atau bahasa omputehnye revolution tidak perlu diadakan secara besar-besaran. cukuplah hanya sekadar satu azam yg anda sendiri mampu mengubahnya.
"tahun ini aku akan berhenti merokok"
padahal dia baru je habiskan 3btg rokok hanya untuk lepak kat kedai mamak xsmpi 30
minit. tuh xtermasuk rokok kat tgn dia..
walaupun post kali ini ada berkaitan ngan tahun baru dan agak da lme da kite menjengah masuk ke tahun baru..tapi rse-rsenye stil bleh kita discuss kt cni...semaikn hampir dgn detik tahun baru, semakin berbuih2 mulut melaungkan angan2 kosong. Semuanya hanya carutan dan tekad plastik yg hanya mampu akan terus kekal sebagai azam selepas itu.
Kata ahli nujum pak belalang
"perancangan besar-besaran sebenarnya hanya membuang air liur hinga kering anak tekak"
Kadang2 sesuatu yg berlaku adalah seperti yg xdijangkakan. Perubahan yang berlaku tanpa perancangan adalah yg terbaek kerana memang lahiriah kewujudan manusia adalah ingin berhijrah dari yg tidak baek kepada yg lebih manis dan elok.
Rasanya tidak perlulah semua berduyun-duyun membuat azam baru dan berbangga dengannya, akhirnya selepas iti hanya buat2 lupa. Sebenarnya dalam diri kita tertanamnya benih untuk berubah. Mungkin hanya kita yg tidak menyedarinya padahal benih ini terus subur membiak dengan perubahan tingkah laku kita yang semakin positif dan lebih baek.
Tanggungjawab untuk berubah perlu wujud dalam setiap insan yg bergelar manusia. pastikan benih revolusi ini terus dibaja dan disiram dengan penuh rasa sabar serta rendah diri hingga apa sahaja yang buruk akan menjadi elok seterusnya bunga-bunga perubahan akan mekar mewangi.
~masa yg diberikan untuk hidup adalah waktu untuk kehidupan yang berlatar belakangkan detik2 kematian agr kita selalu ingat mengingati~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice post~!!![n_n]
ReplyDeletethanx nina...=P
ReplyDelete